Pages

Kawan-Kawan

Thursday, April 14, 2011

SMKA DAHAS... (Oh tidaakkk!!)

Sekolah menengah kesayangan aku, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas (SMKAP) dengan rasminya telah ditukar namanya kepada SMKA Dato' Haji Abu Hassan atau singkatannya ialah SMKA DAHAS... Isu penukaran nama ni aku dengar sejak dari aku form 4 lagi... Aku rasa sekolah-sekolah kat Rembau ni mesti menggunakan nama tokoh sebab masa zaman aku sekolah dulu sekolah-sekolah lain kat Rembau ni dah pun tukar nama... Contohnya Sekolah Teknik Pertanian Chembong dah ditukar kepada Sekolah Menengah Teknik Dato' Lela Maharaja... Sekolah Teknik ERT Rembau ditukar kepada Sekolah Teknik (ERT) Dato' Undang Hj Muhammad Sharip...

Ramai termasuk aku tak tahu latar belakang tokoh yang dipilih sebagai ni... Dato' Haji Abu Hassan Bin Haji Sail adalah seorang tokoh agama N.Sembilan yang merupakan bekas mufti ke-2 N.Sembilan... Lahir pada 6 Ogos 1922 di Kampung Pulau Bukit di Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan... Anak ke-2 dari 9 adik beradik... Mendapat pendidikan Al-Quran seawal usia 5 tahun daripada datuk saudara sebelah bapa, Tn. Guru Haji Muhammad Taib... Pendidikan formal pertama beliau ialah di Sekolah Kebangsaan Pulau Besar iaitu pada tahun 1929 (umur 7 tahun)... Kemudian, menyambung pelajaran beliau di Madrasah As-Saidiyah (nama asal: Pondok Rasah) pada tahun 1935... Tahun 1937, beliau menyambung pengajian di Sekolah Darul Ulum ad-Diniyyah, Mekah... Beliau telah mendaftar di Universiti Al-Azhar, Mesir pada 24 Disember 1951 dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam (Usulludin) pada tahun 1955 dan menyambung pengajian peringkat sarjana dalam bidang Al- Wa'az wal 'Irsyad selama 2 tahun... Pernah Menjadi Pengetua di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sri Menanti, Kuala Pilah dan juga dilantik menjadi Qadi Besar Negeri Sembilan yang pertama... Beliau dilantik menjadi mufti ke-2 pada tahun 1969-87... Beliau meninggal dunia pada tahun 1994 pada umur 72 tahun... (info detail)

Sebenarnya aku sedih dan sebak dengan penukaran nama ni... Banyak kenangan aku kat SMKAP... Aku rasa macam semua kenangan aku kat sekolah tu dah dipadamkan bila diorang tukar nama ni... Orang-orang kat jabatan pendidikan memang tak jaga sensitiviti bekas-bekas pelajar sekolah ni... Aku rasa majoriti ex-SMKAP mesti tak setuju dengan penukaran ni... Mungkin ada yang beranggapan benda ni hanya sekadar 'nama'... It's not a big deal... Tapi bagi aku, TAK... Penukaran nama secara total ni macam melahirkan satu entiti berbeza dari SMKAP... Untuk boikot, aku tak akan melibatkan diri dengan apa-apa aktiviti yang dianjurkan sekolah tu... aku MUNGKIN boleh terima tapi take time la... Lantak la orang nak kata apa... AKU IALAH PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PEDAS (SMKAP)....

dah baca..? terima kasih..!! komen sket.. huhu ^_^

0 comments:

Apa Ada Pada Blog Ni?

Bila aku rasa boring, aku pun mula menaip di blog...
Isi kandungan entry blog ni adalah PANDANGAN PERIBADI PENULIS dan fakta-fakta yang terdapat dalam blog ini dirujuk dari sumber-sumber yang boleh dipercayai...
Nak follow, silakan dan terima kasih...
Nak komen-komen pun boleh...

Saya memohon maaf penggunaan "AKU" didalam entry blog ni terutama kepada mereka yang lebih tua...